Tahun Baru 2009
Ditulis pada 05 January '09 oleh Mohd Adil, dibawah Aktiviti, Kamera. Fav it!
Status twitter aku menunjukkan 12 hari aku tiada update. Entah kenapa aku pun tak tahu. Kadang² aku tak pasti samada hendak meneruskan aktiviti aku melalui medium ber’blog ini ataupun tidak. Semangat itu makin lama makin pudar. Tapi, selagi masih ada rasa ingin berkomunikasi dengan dunia blog ini, aku akan teruskan jua. Aku gembira, semua suka. ~Ayat merepek apelah aku kali ni.
Cerita tentang tahun baru. Tiada apa yang menarik sebenarnya. Tiada azam baru. Segalanya masih seperti dulu. Capaikan dulu azam lama baru fikir tentang azam baru. Hehehe…
Tak perlu aku panjangkan tentang perihal tahun baru. 5 hari sudah berlalu sebenarnya. Kata orang sudah basi dan sesuai dicampak kedalam longkang. Aku buka cerita baru.
Aku bercuti beberapa hari di Penang. 4 hari 3 malam aku disana. Campur sehari aku ponteng kerja LI sebenarnya. Selesa berada disana sambil berhibur dengan rakan² yang sudah lama tidak berjumpa. Serius aku katakan, aku suka ke’sana. Semua tempat aku lewati baik di’Pulau mahupun seberang. Ke Kulim pun aku sampai; berada di rumah rakanku yang bekerja di Intel. Kesimpulannya, aku suka! ~merepek lagi…
Sempat juga aku sambar sebiji D40 bersama Flashlight Sb-600 ketika berada di’sana. Terima kasih kepada rakanku juga kerana membawa aku ke tempat paling hot dan murah sewaktu aku berada disana. Thanks ek! Gambar diatas hasil karya serba kekurangan aku. Masih lagi belajar kiranya. Hehe…
ps: Entri tak membina dari aku. Seperti entri budak baru ber’blog. Hahaha…
8 Comments
Azam lama lagi ke? & Aku bercuti!
Ditulis pada 25 December '08 oleh Mohd Adil, dibawah Aktiviti, Renungan. Fav it!
Kurang 3 hari lagi kita akan menyambut ketibaan Awal Ramadhan Muharram dan kurang 6 hari lagi kita akan menyambut ketibaan Tahun Baru 2009 Masihi. Keduanya bawa istilah yang sama - kunjungan tahun baru dan berakhirnya tahun sebelumnya. Ini bermakna umur kita pun semakin bertambah. Kesedaran sangat penting agar dapat mematangkan kehidupan kita selari dengan peningkatan umur. Itu cuma pendapat aku. Mungkin juga ada yang sependapat dengan aku. Jika tidak, tiada bezanya kita dengan mat rempit di luar sana.
Tahun silih berganti. Begitu juga dengan azam. Tetapi adakah azam kita sebelum ini sudah tertunai? Atau masih pada azam lama lagi? Jangan sampai tidak bertukar azam sudah!
Aku tak mahu ulas lanjut kerana aku ingin bercuti. Ya, aku akan kembali pada tahun baru ini dengan azam baru. InsyaAllah…
ps: Sambil tu jangan lupa ke sini untuk mendengar lagu² terbaru. Aku salah seorang dari uploader disana.
4 Comments
Sesibuk manakah kita?
Ditulis pada 19 December '08 oleh Mohd Adil, dibawah Harian, Renungan. Fav it!
(Tiada kaitan dengan gambar di atas) Dalam entri ni aku tidak mahu cakap tentang sibuk. Manusia tidak lari dari sibuk tak kira dalam apa jua keadaan. Samada kau bekerja ataupun tidak. Sudah memang sinonimnya begitu. Namun, sibuk sangat’kah kita?
Sibuk sangat’kah kita sehingga perlu mengabai’kan setiap perkara? Sehingga kita perlu lari dari norma kehidupan kita? Dan sehingga kita tidak punya masa bersama keluarga dan rakan serta perkara² lain?
Pandangan aku, orang yang tidak tahu tentang pengurusan masa adalah orang yang sibuk. Tidak tahu membahagikan masa membuatkan seseorang itu sibuk. Baca cara pengurusan masa dengan baik oleh Susan Ward. Pada masa yang sama, jangan lupa pada-NYA.
ps: Sibuk sangatkah kita?
pss: Jom ramai² singgah sambil minum kopi di http://mp3.kraetiv.net! Aku jamin tak rugi singgah.
6 Comments
Kraetiv.NET Online Image Hosting
Ditulis pada 14 December '08 oleh Mohd Adil, dibawah Review. Fav it!
Tujuan aku membuat entri ini adalah untuk membuat promosi tentang sebuah laman host gambar - pix.Kraetiv.NET. Walaupun kewujudan’nya agak baru dalam dunia internet, namun aku yakin, laman ini antara laman yang menyediakan kelajuan load gambar pada tahap maksima. Tak percaya kau boleh cuba!
Laman ini merupakan hasil sponsor dari seorang rakyat malaysia. Aku kenal dia. Tujuannya hanya 1 - agar Malaysia mempunyai sebuah laman host gambar tanpa perlu bergantung kepada host luar. Server’nya terletak di Malaysia, dan pasti dapat memberikan perkhidmatan’nya lebih baik dari host luar. Jaminan minima downtime! Katanya.
Promosi ini bukan kerana aku di’bayar ataupun mahu dibayar. Hasrat aku cuma 1 - dunia internet Malaysia akan terus kehadapan.
ps: aku sokong laman ini…
pss: entri pendek!

























